Takziah saya
hulurkan kepada Rusdi Rani, 38 dan Siti Aishah Ariffin, 40 tahun, ibu
bapa keluarga 3 beradik maut berasal dari Kampung Gelam, Kedah, Noor
Syafikah Nadia Abdullah, 14, Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma,
3 tahun.
Menurut Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya, mayat Noor Syafikah
ditemui orang awam pada jam 3.45 petang Sabtu lalu di bendang Alor
Senibong, Langgar. Manakala mayat 2 adiknya ditemui pada jam 4 petang
semalam, terapung di tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani.
Lokasi mayat
Syafikah dan dua adiknya ditemui, berjarak kira-kira 3.5 kilometer.
Menurut polis, tali air di dua lokasi mayat mereka dijumpai tidak
bersambung justeru tiada kemungkinan Izzati dan Puteri Nurul dihanyutkan
dari lokasi tubuh Syafikah ditemui.
[ Sumber : The Star ]
Mereka dilaporkan hilang setelah keluar pada petang Jumaat menaiki motosikal untuk ke rumah majikan Syafikah di Kampung Gelam, 15 minit dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar untuk mengambil gaji bulannya bekerja sebagai pencuci botol. Motosikal ditunggang tiga beradik itu di temui di hentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan Gelam, berkunci, 1 kilometer dari rumah. Kenderaan itu dipercayai kehabisan minyak sebelum ditinggalkan. Bapa saudara mangsa memaklumkan, anak lelakinya terlihat semua mangsa di kedai kopi di Kampung Gelam pada kira-kira jam 9 malam.
Laporan polis dibuat oleh ibu mereka pada awal pagi Sabtu di Balai Polis Langgar.
Ketua Polis
Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim mengesahkan, Syafikah tidak dirogol biarpun
mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel di kawasan bendang. Hasil
bedah siasat di hospital mendapati, mangsa meninggal dunia akibat lemas
tanpa kecederaan kecuali kesan cakar di belakang Syafikah. Namun pihak
polis mengesyakki wujud elemen meragukan dan setakat ini menganggap,
mangsa bukan mati akibat lemas biasa.
Keputusan punca kematian 2 adiknya bakal diketahui selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Meneliti gambar MyKad di atas, Syafikah diliihat berbintikan Abdullah manakala 2 arwah adiknya dibintikan Rusdi.
[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]
Meneliti gambar MyKad di atas, Syafikah diliihat berbintikan Abdullah manakala 2 arwah adiknya dibintikan Rusdi.
Saya percayai kini polis berusaha gigih untuk merungkai pelbagai persoalan berhubung kes ini. Tiga beradik itu dikatakan menuju ke rumah majikan Syafikah tetapi mengapakah motosikal mereka ditemui 1 kilometer dari rumah? Tidak di rumah majikan seperti diberitakan. Andai motosikal ditunggang kehabisan minyak di tengah jalan, siapakah menumpangkan mereka ke Kampung Gelam kerana kelibat mereka di lihat di kedai kopi kampung terbabit pada malam 3 beradik itu dilaporkan hilang? Polis menyifatkan Syafikah mati akibat lemas tetapi bukan lemas biasa? Apakah fakta terselindung di sebalik kenyataan itu? Dua mayat adik Syafikah ditemui terapung di tali air, sedangkan mayatnya ditemui tertiarap di darat, mengapakah mereka terpisah? Bilakah waktu mereka dibunuh?
Siapakah pula penjenayah terlalu kejam sanggup mencabut nyawa anak kecil berusia 3 tahun? Apakah faktor mendorong perbuatan tidak berperikemanusiaan itu?