Ustaz Kazim Elias Jawap Makian Di Facebook

Selepas menyedari dirinya dihina dan difitnah sedemikian rupa, pantas sahaja Ustaz Kazim memberikan penjelasan kepada pihak-pihak yang busuk hati dengan perlantikannya itu menerusi laman Facebooknya, sebentar tadi.
Antara lain, Ustaz Kazim menulis, “Subhanallah, saya pun terkejut saya dilantik, belum apa-apa dah kena maki. Saya ni sentiasa berlapang dada, janganlah tuduh tanpa melihat secara halus”.
“Berhati-hatilah dalama berbicara. Apa tuan-tuan ingat saya kemaruk wang, kuasa dan pangkat? Apa salahnya doakan yang terbaik.
“Bila tiada orang agama, dikata teruk, bila orang agama dijemput pun dikata teruk, saya tak faham,” luahnya lagi.
KAZIM
Selain itu, dengan pelantikannya itu, ramai yang mula membuat sangkaan bahawa Ustaz Kazim akan terus bersara dari memberikan ceramah agama kepada masyarakat di luar sana.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Ustaz Kazim menjelaskan dia tidak sesekali akan meninggalkan bidang dakwah yang menjadi darah dagingnya sebaliknya selepas ini, beliau mahu lebih memberikan fokus memberikan dakwah di sekolah-sekolah selain di media-media seperti televisyen dan radio.
Selain Ustaz Kazim, lapan lagi individu telah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, semalam.
Oleh: AUDREY LEE