WAJAH TAUKEH BANGLADESH TERBUKTI MENIPU PELANGGAN DI PLAZA LOW YAT DIDEDAHKAN

Isu Plaza Low Yat 'ditakluki' peniaga Bangladesh dan Pakistan ternyata menarik perhatian ramai.

Kepada pembaca belum berkesempatan membaca kes taukeh Bangladesh terperangkap menipu pelanggan Melayu, sila klik di sini.

Satu daripada komen di entri terbabit, saya percaya dicatatkan oleh warga Bangladesh. Dia tidak berpuas hati terhadap pendedahan dibuat. Katanya, jangan hanya kerana seorang taukeh Bangladesh ditangkap menipu, semua warga asing di plaza itu dibabitkan.

Penjelasannya mudah. 


Benar, setakat ini hanya seorang taukeh Bangladesh terbukti menipu tidak menggambarkan semua peniaga Bangladesh di Plaza Low Yat tidak berlaku jujur. Untuk berlaku adil dan mengelakkan pengguna tempatan pelbagai bangsa menjadi mangsa kerakusan penipuan lelaki terbabit, saya dedahkan wajahnya untuk kebaikan semua. 





Rantai, loket dan gelang emas besar dipakai, menjadikan dia bersikap besar kepala. Suara lelaki warga asing itu tinggi, begitu juga egonya. Mungkin kerana dia memiliki wang berkoyan, hasil berniaga di negara kita.


Dia penyewa 4 lot kedai di tingkat 1. Kedai disewa dari penyewa asal, itu antara maklumat disalurkan kepada saya sewaktu berada di Plaza Low Yat.

Lelaki Bangladesh berdiri di sebelah kanan itu dilaporkan bersikap kurang sopan serta kasar sewaktu melayan pengadu.


Bai, ini Malaysia, bukan Bangladesh.

Sewaktu gambar di atas dirakamkan, dia pantas memberikan isyarat kepada taukehnya, memaklumkan tindakan saya.

"Dia ambil gambar"

Tiada pula kelihatan papan tanda melarang pelanggan merekodkan gambar di Plaza Low Yat, barangkali mata saya kabur.

"Pergilah buat aduan kepada pihak pengurusan plaza," bisik lelaki Cina kepada saya.

Aduan itu saya paparkan di sini.

Berikutan status ramai pekerja warga asing di plaza terbabit diragui dan sikap majoriti mereka enggan memahami serta menghormati budaya tempatan, kita semua harus mengelak membeli pelbagai barangan dan servis mereka tawarkan sehingga penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan mereka semua memiliki dokumen perjalanan dan permit sah untuk bekerja di premis itu.

Malaysia, negara tumpah darah kita, bukan tanah kelahiran mereka. Justeru tidak wajar sekiranya kita berasa kurang selesa dan terancam tatkal berdiri di bumi sendiri.

Melalui pengamatan saya berulang kali berkunjung ke plaza terbabit sebelum ini, warga Bangladesh dan Pakistan telah hampir memonopoli lot kedai terutama di tingkat 2 dan 3 bangunan itu. Jika mereka berniaga dan berkerja secara sah, tiada masalah tetapi setakat ini belum ada pihak berkuasa mengesahkan identiti mereka. Kompleks Campbell juga kini menjadi syurga, lokasi warga asing melepak dan berniaga.

Sekali lagi, saya dengan perasaan rendah diri memohon Jabatan Imigresen agar menyerbu dan memeriksa dokumen diri setiap warga asing bekerja di Low Yat Plaza. 

Jika pembaca pernah ke plaza terbabit dan berurusan dengan warga asing, sila kongsikan pengalaman ditempuh di ruangan komen.

Tanpa disedari selama ini, kita telah memberikan mereka betis dan kini mereka menuntut paha.

Bersuaralah rakyat Malaysia.