Pihak polis menafikan
dakwaan 23 orang hilang manakala 7 terselamat. Hakikatnya pihak polis
hanya menerima satu laporan sahaja mengenai remaja hilang.
Remaja yang hilang dikenali sebagai Mohd Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun.
Laporan Sebenar Insiden Remaja Hilang Di Villa Nabila
Identiti Remaja Hilang: Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun
Sebuah villa terbiar di
Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi
apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas
memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya.
Timbalan ketua Polis
Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja
berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan
tidak pulang sehingga kini.
Ibu remaja berkenaan ada
menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki
Villa Nabila. Usaha mencari remaja berkenaan masih dijalankan di villa
berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnya masih dalam
siasatan polis.
Pihak polis turut
mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai
Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013.
Kecoh
dilaman sosial apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30
orang manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila.
Hakikatnya, pihak polis hanya menerima satu laporan polis mengenai
seorang remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut.
Laporan
yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira
30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut
dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi. Sebelum insiden, seorang
remaja yang berusia 16 tahun dilaporkan memasuki kawasan tersebut
bersama beberapa rakannya sebelum hilang sejak malam semalam.Sumber