Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui
batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul
menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah
kita manusia, tak lari dari kesilapan… dan mujurlah Allah selalu membuka
pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju
akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu
menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari,
alangkah
baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an
terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk
manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh
.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid
merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi
panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid
Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha
, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari
. Allah menyukai orang yang
suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang
bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas
oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu
terus menerus kerana Allah menyayangi hamba
yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu
berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak
solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi
dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat
. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang
bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu
harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah
ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling
bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga
jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme
dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.