Pertandingan ini berakhir kelmarin dengan
Obabiyi Aishah Ajibola dari Nigeria telah dinobatkan sebagai Miss World
Muslimah 2013. Pertandingan ini telah dibiayai oleh World Muslimah
Foundation. Pertandingan ini diadakan sebagai satu tentangan terhadap
pertandingan Ratu Cantik yang sebenar. Seramai 20 negara telah
menghantar wakil termasuk Indonesia, Iran, Malaysia, Brunei, Nigeria dan
Bangladesh. Yang menjadi highlight adalah pakaian sepanjang Miss World
Muslimah ini adalah sangat sopan dan enak mata memandang. Pertandingan
ini telah dinilai melalui kemegahan mereka melalui pakaian baju kurung
mereka serta pengetahuan dalam Al-Quran. Pemenang akan memenangi
pelbagai hadiah termasuk tanggungan sepenuhnya untuk menunaikan haji di
Makkah. Ini adalah tahun ketiga pertandingan ini dianjurkan.