Oklahoma: Enam mayat ditemui dalam dua
kenderaan lama dari dasar sebuah tasik, semalam. Penemuan itu pula
berlaku secara tidak sengaja apabila polis menguji peralatan sonar baru
mereka.
Penemuan di Tasik Foss dekat Elk City itu dipercayai dapat menyelesaikan
kes kehilangan beberapa individu yang berlaku lebih 40 tahun lalu. Dua
kenderaan yang ditemui ialah kereta Chevrolet keluaran 1950-an dan
Camaro keluaran 1969.
Di dalam Camaro itu polis menemui tiga set rangka dipercayai remaja
tempatan yang hilang selepas keluar memandu pada 1970. Di dalam
Chevrolet pula, terdapat tiga lagi mayat iaitu lelaki berusia 69 tahun
dan dua rakannya yang hilang pada akhir 1950-an atau awal 1960-an.
Pihak berkuasa belum mengenal pasti mayat secara rasmi, tetapi akhbar
tempatan sudah mendapat kaitan jelas antara Camaro dan remaja yang
hilang berkenaan.
Mereka masih menunggu keluarga mangsa yang terbabit mendedahkan nama
mereka. Jimmy Allen Williams 16, Thomas Michael Rios, 18, dan Leah Gail
Johnson, 18, hilang pada 20 November 1970 selepas menaiki Camero milik
Williams.
Walaubagaimanapun, selepas 40 tahun, mereka masih disenaraikan sebagai
orang yang hilang selepas dipercayai lesap ketika menuju ke perlawanan
bola sepak dekat Elk City. -