Sejarah : "Simo Hayha", Lagenda Sniper Terhebat Di Dunia (11 Gambar)
Diantara sniper-sniper legenda terhebat di dunia, Simo Hayha merupakan salah seorang sniper yang paling berjaya. Namanya mungkin tidak terkenal seperti sniper Soviet Union iaitu Vasily Zaitsev yang kisahnya diabadikan dalam filem “Enemy at The Gates”.
Namun Simo Hayha merupakan pahlawan Finland yang gigih dan tidak mudah menyerah dalam menghadapi penjajahan besar-besaran Tentera Soviet (Red Army) terhadap negaranya.
Simo terkenal di dalam sebuah peperangan yang juga digelar “David vs Golliath”. Dalam perang tersebut Simo Hayha berjaya mengukirkan namanya sebagai sniper paling berjaya dengan membunuh 542 tentera merah Soviet dalam waktu hanya 100 hari, sebuah rekod yang sangat hebat untuk seorang sniper.
Dengan kemampuan yang dimilikinya, dia digelar “White Death” oleh tentera Soviet (musuhnya).
Gambar berkumpulan Simo Häyhä semasa 'Conscription Service' sebelum Perang Musim Sejuk
Simo Hayha lahir pada 17 Disember 1905 atau 1906 di sebuah bandar Rautajärvi, Finland berhampiran sempadan Soviet Union. Sebelum itu, Simo Hayha menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk berburu dan bertani.
Pada tahun 1925, Simo Hayha menyertai angkatan bersenjata Finland untuk memenuhi panggilan wajib tentera (tentera Finland). Di saat perang musim dingin bermula pada tahun 1939 antara Finland dengan Soviet, Simo Hayha menyertai Pasukan 6 Jaeger Regiment 34.
Pada saat itulah Simo Hayha memulai tugasnya sebagai seorang sniper.
Pertarungan antara tentera Finland dengan Tentera Merah Soviet (Soviet Red Army) di sepanjang Sungai Kolla merupakan salah satu pertarungan heroic bangsa Finland, dimana 32 tentara Finland harus menghadapi 4000 tentera Soviet.
Pada saat itu pula Simo Hayha bejaya menembak 542 tentera Soviet dan menjadikan kawasan pergunungan di sepanjang sungai Kolla sebagai “Killer Hill” bagi tentera Soviet.
Dia bertempur dalam keadaan suhu yang sangat ekstrim diantara -20 sampai -40 darjah Celsius dengan pakaian camouflage berwarna serba putih.
Simo Hayha menggunakan senapang M28 dan Mosin Nagant Soviet.
Simo Hayha pada 1942
Apa yang membuatkan Simo Hayha unik dan hebat adalah dia tidak pernah menggunakan scope (teleskop) seperti yang biasa sniper gunakan.
Tapi dia hanya menggunakan besi penembak (Iron Sight) untuk menembak musuhnya dan masih dapat menembak dengan tepat sehingga jarak lebih dari 400m.
Dia tidak menggunakan teleskop untuk menembak kerana berpendapat bahwa lensa teleskop dapat memantulkan cahaya matahari yang dapat membongkar penyamaran seorang sniper.
Selain itu cuaca dingin boleh menimbulkan embun pada lensa teleskop yang dapat mengganggu tembakan.
Suomi K-31 SMG & Mosin-Nagant M28
Simo Hayha juga menggunakan senapang Suomi K-31 SMG (Sub Machine Gun) dalam peperangan dan menurut sumber yang tidak diketahui, dia telah membunuh hampir 200 tentera Soviet menggunakan senapang ini.
Keratan akhbar mengenai Simo Hayha
Mungkin anda tertanya-tanya mengapa foto diatas wajah Simo agak pelik kan? Pada 4 Mac 1940, nyawanya hampir melayang setelah rahangnya ditembak oleh musuh.
Peluru itu menghancurkan wajah sebelah kiri Simo. Rakan satu pasukannya pun sempat mengatakan "Setengah wajahnya hilang!!" ketika mereka menolong Simo. Dia mengalami koma hingga akhirnya dia tersedar tujuh hari kemudian, tidak lama setelah perang berakhir.
Atas jasanya yang besar, pangkatnya dinaikkan dari koperal kepada leftenan I oleh Field Marshal Carl Gustav Emil Mannerheim, pemimpin tertinggi tentera Finland pada ketika itu.
Simo Hayha ketika usia tua
Simo Hayha meninggal dunia pada tanggal 1 April 2002 pada usia 96 tahun.
Ketika di temubual pada tahun 1998 bahawa bagaimana dia boleh menjadi penembak yang hebat, dia menjawab :
"Practice".
Ketika dia ditanya adakah anda menyesal telah membunuh ramai orang? dia menjawab :
"I did what I was told to as well as I could".