Penerbangan domestik ini telah
disenaraikan sebagai yang terpendek di dunia kerana perjalanan dari
pulau Westray ke pulau Papa Westray hanya memakan masa 47 saat. Jarak
dua pulau ini hanyalah 2.7 km. Harga tiket seorang untuk penerbangan ini
adalah RM90 tanpa sebarang servis di kabin. Menurut kajian, kebanyakkan
penumpang adalah mereka yang bekerja di pulau Papa Westray termasuk
pegawai kesihatan dan guru. Selain itu, Papa Westray cuma mencatat
bilangan penduduk 70 orang.