Setiap
lelaki mengimpikan bentuk badan yang menarik dan sasa terutamanya dalam
proses ingin memikat gadis dan bahagian utama yang akan sering
diperhatikan adalah pada bahagian biceps. Apa itu biceps? Otot biceps
adalah otot yang terletak di lengan atas bahagian depan. Jika anda henda
nak tahu, pemilik biceps terbesar di dunia adalah milik kepada Moustafa
Ismail, seorang lelaki dari Mesir. Jom lihat gambar di bawah ini.
Sebelum
ini, Gregg Velentino, seorang lelaki yang mempunyai biceps terbesar di
dunia telah dipecahkan rekodnya oleh seorang lelaki yang berasal
daripada Mesir iaitu Moustafa Ismail. Moustafa yang juga merupakan ahli
bina badan juga dikenali sebagai “Big Mo”.
Dia yang berumur 24
tahun dan bekerja sebagai atendan stesen minyak mempunyai biceps yang
membonjol sebesar 79cm (3i inci) telah disahkan sebagai pemilik biceps
terbesar di dunia dan akan muncul di dalam majalah Guinness World of
Records, isu 2013.
Dia memberitahu telah mula menjalani latihan
bina badan sejak 10 tahun yang laludan memperuntukkan masa
sekurang-kurangnya 3 jam latihan dan 2 kali sehari.