Ciri-ciri Blogger Malaysia pada Mata Dunia. Bagaimana dan Apakah pandangan Blogger negara-negara lain mengenai Blog-Blog di Malaysia. Pada pandangan mata Hootoh yang baru mengenali Apa itu Blog, Rakan-rakan Blogger Malaysia adalah Terbaik dan Bertanggungjawab .Ciri-ciri Blog di Malaysia Menarik dan penuh Adap Ketimuran. Malah Hootoh Blog juga Made in Malaysia. Namun, pernah kita terfikir apa agaknya Ciri-ciri Blogger Malaysia pada pandangan blogger asing.
Ciri-ciri Blogger Malaysia pada Mata Dunia |
Tiada Blogger yang sempurna. Blogger perlu belajar dari kesilapan. Beberapa minggu lalu, terjumpa satu Blog dari satu negara yang senaraikan Fakta-Fakta Menarik Tentang Blogger Malaysia. Ternyata pandangan dunia pada blogger Malaysia agak Unik. Setiap pandangan adalah berbeza-beza, itu adalah hak masing-masing. Berikut ialah pandangan secara umum mengenai Ciri-ciri Blogger Malaysia pada Pandangan Dunia yang +Hootoh Blog petik dari blog tersebut
Manapoli Blogger Wanita Malaysia
Wanita manapoli dunia Blogger di Malaysia. Blogger Wanita Malaysia lebih aktif dan jumlah blog yang dimiliki wanita malaysia melebihi Blogger Lelaki. Mereka kagum dengan ciri-ciri Blogger Malaysia yang kebanyakannya adalah wanita. Mereka melihat Blogger Wanita Malaysia lebih aktif manakala Blogger Lelaki Malaysia pula agak pasif. Pada Mata Dunia, jurang perbezaan jantina yang tinggi ini jarang berlaku di negara-negara lain.
Gambar Besar Blogger Malaysia
Blogger Malaysia dikatakan berbangga apabila memasang Gambar bersaiz Besar di blog mereka. Gambar-gambar pada homepage dan header pada blog dari Malaysia hampir menuhi separuh dari skrin sesebuah komputer. Malah ia lebih dari jelas. Mungkin si rabun tidak perlu bercermin mata apabila melayari laman dari Malaysia. Selain itu blogger malaysia cantik, malah mereka juga lebih terbuka apabila dilihat begitu bayak foto-foto pribadi yang dipaparkan dalam setiap blog dan sifat keterbukaan ini jarang ada pada blogger-blogger lain.
Blog Malaysia Loading Berat
Blog bewarna warni, dipenuhi efek, flash, muzik dan lagu. Malah hiasan dan widget yang sangat banyak dan pelbagai. Indentiti Blogger Malaysia ini dikatakan menjadikan loading blog berat dan ia mengganggu blogger-blogger dunia ketiga untuk melayari blog dari Malaysia. Memandangkan Kualiti Internet Service Providerdan kelajuan internet yang baik di Malaysia, ciri-ciri Blogger sebagini pastinya tidak mengganggu pemilik blog dan masyarakat Malaysia. Namun bagi Blogger di negara yang kelajuan internet perlahan, ciri-ciri blog Malaysia dikatakan berat apabila proses loading.
Ciri-ciri Blogger Malaysia pada Mata Dunia
Inilah 3 Ciri Blogger Malaysia dari pandangan Mata Dunia. Mungkin ada istilah yang kurang tepat ketika proses alih bahasa dilakukan. Apa yang menariknya, pandangan blogger dari negara-negara lain ini adalah cermin untuk kita melihat siapa diri kita. Benar atau tidak, ia bukan perkara utama. Jika ia satu pujian, maka kekalkanlah, dan jika ia satu kritikan, anggap itu sesuatu yang membina. Semoga Blogger-Blogger Malaysia terus unggul di mata dunia.
Sumber: Ciri-ciri Blogger Malaysia pada Mata Dunia http://www.hootoh.my/2013/04/ciri-ciri-blogger-malaysia-pada-mata.html#ixzz2ciKqOtPe
Hootoh Blog By Hootoh Tudia
Follow us: @HootohTudia on Twitter | HootohBlog on Facebook