Ciri-ciri Blogger
Malaysia pada Mata Dunia. Bagaimana dan Apakah pandangan Blogger negara-negara lain mengenai Blog-Blog di Malaysia. Pada pandangan mata Hootoh yang baru mengenali Apa
itu Blog, Rakan-rakan Blogger Malaysia adalah Terbaik dan Bertanggungjawab .Ciri-ciri Blog di Malaysia Menarik dan penuh Adap Ketimuran. Malah Hootoh Blog
juga Made in Malaysia. Namun, pernah kita terfikir apa agaknya Ciri-ciri Blogger
Malaysia pada pandangan blogger asing.
Ciri-ciri Blogger Malaysia pada Mata Dunia |
Tiada Blogger yang sempurna. Blogger perlu belajar dari kesilapan. Beberapa minggu lalu, terjumpa satu Blog
dari satu negara yang senaraikan Fakta-Fakta Menarik Tentang Blogger
Malaysia. Ternyata pandangan dunia pada blogger Malaysia agak Unik.
Setiap pandangan adalah berbeza-beza, itu adalah hak masing-masing.
Berikut ialah pandangan secara umum mengenai Ciri-ciri Blogger Malaysia pada Pandangan Dunia
yang +Hootoh Blog petik dari blog tersebut
Manapoli Blogger Wanita Malaysia
Wanita
manapoli dunia Blogger di Malaysia. Blogger Wanita Malaysia lebih aktif
dan jumlah blog yang dimiliki wanita malaysia melebihi Blogger Lelaki.
Mereka kagum dengan ciri-ciri Blogger Malaysia yang kebanyakannya adalah
wanita. Mereka melihat Blogger Wanita Malaysia lebih aktif manakala
Blogger Lelaki Malaysia pula agak pasif. Pada Mata Dunia, jurang
perbezaan jantina yang tinggi ini jarang berlaku di negara-negara lain.
Gambar Besar Blogger Malaysia
Blogger
Malaysia dikatakan berbangga apabila memasang Gambar bersaiz Besar di
blog mereka. Gambar-gambar pada homepage dan header pada blog dari Malaysia
hampir menuhi separuh dari skrin sesebuah komputer. Malah ia lebih dari jelas. Mungkin si rabun tidak perlu bercermin mata apabila melayari laman dari
Malaysia. Selain itu blogger malaysia cantik, malah mereka juga lebih terbuka apabila dilihat
begitu bayak foto-foto pribadi yang dipaparkan dalam setiap blog dan
sifat keterbukaan ini jarang ada pada blogger-blogger lain.
Blog Malaysia Loading Berat
Blog
bewarna warni, dipenuhi efek, flash, muzik dan lagu. Malah hiasan dan
widget yang sangat banyak dan pelbagai. Indentiti Blogger Malaysia ini
dikatakan menjadikan loading blog berat dan ia mengganggu
blogger-blogger dunia ketiga untuk melayari blog dari Malaysia.
Memandangkan Kualiti Internet Service Providerdan kelajuan internet yang
baik di Malaysia, ciri-ciri Blogger sebagini pastinya tidak mengganggu pemilik
blog dan masyarakat Malaysia. Namun bagi Blogger di negara yang kelajuan
internet perlahan, ciri-ciri blog Malaysia dikatakan berat apabila
proses loading.
Ciri-ciri Blogger Malaysia pada Mata Dunia
Inilah 3 Ciri Blogger Malaysia dari pandangan
Mata Dunia. Mungkin ada istilah yang kurang tepat ketika proses alih
bahasa dilakukan. Apa yang menariknya, pandangan blogger dari
negara-negara
lain ini adalah cermin untuk kita melihat siapa diri kita. Benar atau
tidak, ia bukan perkara utama. Jika ia satu pujian, maka kekalkanlah,
dan jika ia satu kritikan, anggap itu sesuatu yang membina. Semoga
Blogger-Blogger Malaysia terus unggul di mata dunia.
Sumber: Ciri-ciri Blogger Malaysia pada Mata Dunia http://www.hootoh.my/2013/04/ciri-ciri-blogger-malaysia-pada-mata.html#ixzz2ciKqOtPe
Hootoh Blog By Hootoh Tudia
Follow us: @HootohTudia on Twitter | HootohBlog on Facebook