Gambar hiasan: google images |
SOALAN:
Assalamualaikum w.r.t,
Saya ingin bertanya mengenai kesahihan amalan yang menyatakan bahawa
makanan lebihan dari anak kita sendiri tidak baik untuk kita habiskan
kerana di bimbangi anak-anak tersebut apabila mereka besar nanti ada
kecenderungan untuk tidak menghormati ibu-bapa mereka. Ini kerana selama
ini saya cuba mengelakkan makanan tersebut dari membazir dan saya akan
cuba habiskan walaupun makanan tersebut daripada lebihan makanan anak
saya sendiri. Harap ada jawapan daripada bijak pandai sekalian.
Jazakallah..
JAWAPAN:
salam
Sepanjang pencarian kami, kami tidak menjumpai adanya sandaran atau
dalil Sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah , bahawa memakan lebihan makanan
anak-anak akan menyebabkan anak tersebut tidak akan menghormati ibu
bapanya diwaktu dewasa kelak.Apa yang jelas ianya mungkin berasal dari
pegangan orang-orang terdahulu yang llebih bersandarkan kepada logik
akal dan adat setempat.
Malahan, sesungguhnya ibu bapa yang menghabiskan lebihan makanan
anak-anaknya itu dianggap satu perbuatan yang baik dan terpuji lantaran
tidak mahu termasuk dikalangan orang-orang yang membazir.
Apa yang terbaik ialah dengan mendidik dan mengajar anak-anak kita
agar membiasakan diri untuk menghabiskan setiap makanan yang dimakan dan
menjauhi sifat membazir yang merupakan amalan syaitan.
Sumber: www.al-ahkam.net
Mitos orang tua dulu-dulu... sebab dia nak biasakan anak makan biar
habis... jangan membazir... sebab ni juga kan, mak-mak susah nak kurus
kan... hehe... keje habiskan makanan anak aje.. hehe...