JOHOR
BAHRU: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang pada awalnya
dilaporkan hilang selepas dikatakan masuk ke sebuah banglo tinggal di
Jalan Skudai, sejak awal pagi Ahad lalu, ditemui selamat.
Difahamkan orang ramai menghubungi pihak polis memaklumkan mengenai Izzat selepas berita mengenai kehilangannya dikeluarkan media massa.
Mangsa difahamkan bersama rakannya memasuki Villa Nabila awal pagi Ahad sebelum keluar menerusi pintu belakang dan membuat keputusan tidak pulang ke rumahnya, sebaliknya tidur di rumah rakannya.
Susulan kehilangan Izzat, keluarganya membuat laporan polis dan kes itu kemudian mendapat perhatian orang ramai yang membuat tanggapan mangsa itu hilang di villa berkenaan dan kononnya `disorok’ penunggu banglo lama berkenaan. – Berita Harian