Semua orang impikan tumit kaki yang cantik dan licin. Antara punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah adalah seperti kulit kering, berat badan berlebihan, pemakaian kasut yang tidak sesuai, dan mengabaikan penjagaan kesihatan kaki. Anda boleh lah mencuba petua tradisional di bawah ini :
BUAH BELIMBING BULUH
Gosokkan buah belimbing buluh ke tumit anda setiap kali hendak mandi.
Biarkan seketika sebelum menggosokkannya dengan menggunakan kain yang
lembut untuk menghilangkan kesannya. Ia juga boleh menjadikan kulit kaki
jadi tahan, tidak mudak luka atau terkoyak.
BETIK MUDA
Ambil sebiji betik muda yang berwarna kekuningan. Potong di bahagian kepalanya untuk mendapatkan getah betik. Kemudian, sapukan getah betik tadi di tumit kaki yang merekah. Amalkan setiap hari untuk hasil memberangsangkan.

ASAM JAWA
Bancuh sebesen besar air asam jawa dan masukkan kedua-dua belah kaki
anda. Lakukannya sebelah malam sewaktu anda duduk berehat sambil
menonton tv. Lakukan sebanyak 3 atau 4 kali seminggu.
BAWANG MERAH
Ambil beberapa biji bawang merah dan belah 2 dan picit-picitkannya
sehingga kelaur air. Sapukan ke tumit kaki anda atau di tempat yang
pecah.
SERAI DAN MADU