Fakta Sebenar Subsidi Gula Dimansuhkan

1. Subsidi gula dimahsuhkan bukan sebab nak jaga kesihatan rakyat.

2. Itu propaganda nak tutup isu asal.


3. Isu sebenarnya ialah kerajaan salah buat keputusan. Salah tandatangan perjanjian di mana kerajaan import gula yang lebih mahal dari harga pasaran. Ayoyooo

4. Ismail Sabri sign perjanjian import gula selama 3 tahun dengan harga US$26 setiap 100lbs.

5. Sedangkan time Ismail Sabri kontrak perjanjian tersebut, harga gula di pasaran ketika itu ialah US$23.42 setiap 100lbs.

6. Tony Pua menegaskan ketika perkara itu berlaku dia dah keluarkan satu statement media dan meminta penjelasan. Aku sebagai saksi kejadian memang mengaku ada baca berita tersebut. Kalau ada printscreen dia neh pun bagus gak nak tunjuk sebagai bukti :D

7. Disebabkan tindakan melulu oleh Ismail Sabri [dan dia masih lagi seorang menteri selepas buat kerja2 yang merugikan negara] kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak 64 juta setahun.

8. Ketika itu juga penganalisis meramalkan harga gula mentah dunia akan menurun. Namun sayang, Mukhriz Mahathir dan Ismail Sabri masing2 angkuh ketika itu. Mukhriz membalas menyatakan bahawa maklumat yang dia dapati ialah harga gula dunia akan terus meningkat.

9. Ismail Sabri pula membalas kenyataan tersebut dengan bercakap ''biar saya ingatkan kamu bahawa kerajaan adalah bijak'' <-- Ini kalau sesiapa rajin tolonglaaa cari dan printscreen. Lepas neh kita sama2 sebarkan oke tak?

10. Namun sayangnya kata2 Mukhriz dan Ismail Sabri jauh meleset. Nak tahu kenapa?

11. Ini kerana sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa telah menjunam sehingga serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013 dan itu bermakna kerajaan telah membeli gula 55.7% lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu.

Kalau dah tak pandai tadbir ekonomi letak jawatan shj, bagi org yang betul2, jangan susahkan rakyat dengan menaikkan harga gula dengan sewenang-wenangnya untuk cover kesalahan sendiri, dah buat salah tanggung la sendiri, teruskan bagi subsidi, kerugian tanggung dengan poket sendiri ada berani?