Apabila pertama kali membaca kisah mengenainya, hati berdebar-debar dan mata mula bergenang. Kesian sungguh!
Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwik atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak 3 Jun lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari.
Al-Fatihah buat arwah Yasmin.
Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.
Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar. Itulah kuasa Allah.
Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk ‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur’ melalui Instagram.
Selain itu, melalui Twitternya pula dia menulis takut untuk tidur kerana sering bermimpi buruk.
Dia adalah pemilik dan penulis blog www.misschronicz.blogspot.com, berlinangan air mata admin setelah membaca blog beliau. Walaupun namanya tidaklah sepopular Hanis Zalikha namun dia pernah menjadi ‘trending’ topik di Twitter.
Melihat daripada keadaan itu, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini:
“Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada Yasmin) tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain.
"Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi."
"We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”
Mengimbas kembali kejadiaan yang telah menimpa Yasmin, ia berlaku sekitar 12 tengah malam di mana dia bersama dua lagi rakannya maut di tempat kejadian semasa hendak membuat pusingan ‘U’ di Padang Gaung, Langkawi.
Mereka telah dirempuh oleh van pelancong yang datang dari arah Ulu Melaka. Ketika itu, mereka tidak memakai topi keledar malah menunggang motosikal tiga orang sekali gus.
Hari ini, ibunya telah menulis di blog yang arwah telah mendapat markah tertinggi dalam ujian piano gred 4. Ibunya turut memberitahu yang mereka sekeluarga amat merinduinya.
Malah, arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Dia disenangi oleh semua guru dan rakan-rakan. Oleh kerana itu, sehingga saat ini tidak hairanlah masih ada guru dan rakannya yang sering bermimpi mengenai arwah.
Bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Yasmin, anda boleh ke blog miliknya itu. Di fahamkan pihak keluarga arwah yasmin juga telah menyiapkan sebuah novel bertajuk "Ove Yasmin" dan ianya tidak dijual dikedai buku (sila ikuti link blog di atas, misschroniz.blogspot).
#Kebetulan hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam....marilah sama2 kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah. Takziah di ucapkan kepada keluarga arwah Yasmin. Semoga roh Yasmin dan rakannya berada disisi orang yang beriman. Insya’Allah..