Umum tahu aktres terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 37 baru sahaja diceraikan oleh suaminya, yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan Abd Razak, 26 menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu.
Susulan daripada insiden tersebut, Rita telah mengeluarkan kenyataannya di dalam sebuah akhbar tempatan, di mana menurut pelakon wanita itu hanya manusia yang kurang didikan agama sahaja yang sanggup menceraikan isterinya di bulan Ramadhan, serta menganggap tindakan Aidil sebagai satu keputusan yang sangat kejam.
Diceraikan pada bulan Ramadhan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam.
Manusia yang kurang didikan agama sahaja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadhan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 puasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam Lailatul Qadar. Tapi, Aidil tahu ke apa malam Lailatul Qadar?
Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosuder. Dia fikir saya dan anak-anak barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak diperlukan?
Rita bersama anak-anak tersayang
Kenyataan Rita itu bagaimanapun telah mendapat perhatian Zaquan Adha,
yang juga merupakan bekas adik iparnya. Menurut pemain bola sepak
tersebut, Rita seharusnya mencermin dirinya dahulu sebelum mengeluarkan
sebarang kenyataan dan mencabar pelakon wanita berkenaan untuk bersemuka
dengannya.Status Zaquan itu bagaimanapun telah dibidas oleh Rita dan aktres jelita tersebut turut melabelkan bekas adik iparnya itu sebagai seorang yang poyo dan gila glamor.
Dalam pada itu, peminat turut menyokong kenyataan pelakon wanita tersebut, serta menganggap pemain bola sepak itu tidak seharusnya masuk campur urusan rumah tangga Rita dan Aidil. Sebagai keluarga, mereka sepatutnya menasihati Aidil agar menjadi seorang ayah serta suami yang bertanggungjawab dan bukannya mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.
Apa pun, sebagai orang luar, kita hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Rita dan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2. Semoga konflik yang berlaku antara pelakon ini dan keluarga Aidil akan dapat dijernihkan.
Sumber : Twitter Rita Rudaini & Zaquan Adha
-OhBulan.com