Chen Xiantao yang tidak berpakaian dan dirantai di hadapan pintu gua.
Seorang warga tua di China, bertindak merantai kaki dan meninggalkan anak lelakinya yang buta serta mengalami kecacatan mental di dalam sebuah gua selepas kehilangan tempat tinggal wilayah Henan, China. Cheng Xiantao, 26, yang ditemui dalam keadaan kotor dan tidak berpakaian diikat menggunakan rantai besi dalam sebuah gua di pinggir kampung Chengling.
Merenung masa depan
Bapa mangsa, Cheng Yuanchao, 70, mengaku bertindak sedemikian dengan
alasan beliau telah kehilangan rumah dan terpaksa tinggal bersama anak
perempuannya. Bagaimanapun menurutnya dia melawat anaknya tiga
kali sehari dengan membawa makanan dan minuman agar dia tidak lapar atau
kehausan. Dan dia juga mengakui terpaksa merantai anaknya untuk
mengelakkan beliau dari lari atau mencederakan dirinya sendiri.
Rakaman gambar keadaan Cheng Xiantao yang tersiar di internet telah
mendapat kritikan ramai yang menyifatkan tindakan Cheng Yuanchao
seperti membela babi atau lembu.