1. Skru Besi Berusia 300 Juta Tahun!
Skru besi ini dijumpai secara tidak sengaja oleh Dmitry Kurkov dari
Russia apabila beliau tengah mencari serpihan meteorit berdekatan dengan
rumahnya. Beliau mengutip sebijik batu yang telah menarik perhatiannya
lalu membelek-belek batu tersebut. Beliau terkejut apabila ternampak
sebijik skru lama melekat di batu tersebut lalu meminta para saintis
memeriksa batu tersebut. Penemuan beliau telah menimbulkan pelbagai
soalan khasnya saintis-saintis yang telah menyelidiki skru tersebut
bahawa skru tersebut telah berusia 300 juta tahun! Bagaimana pada zaman
tersebut mempunyai teknologi yang canggih untuk menghasilkan skru besi?
Dan apakah yang dibina oleh masyarakat pada zaman tersebut menggunakan
skru besi itu? Perkara ini tiada jawapannya sehingga hari ini.
2. Batu Bergerak Sendiri
Sesiapa sahaja, walaupun pihak NASA jugak tak mampu merungkai misteri
batu bergerak sendiri ni. Batu bergerak bebas tanpa bantuan, tetapi
tiada siapa yang pernah melihat dan merekodkan pergerakan batu tersebut
menggunakan kamera. Pergerakan yang sama telah direkodkan di beberapa
tempat yang lain. Walau bagaimanapun, sehingga sekarang misteri batu ini
tidak dapat dirungkaikan.
3. Kewujudan Punca Elektrik Dikawasan Piramid Besar Mexico
Teotihuacan, Mexico. Kepingan besar mika ditemui tertanam di dalam
dinding bandar Mexico purba. Mica kini digunakan dalam pengeluaran
tenaga elektrik. Dalam konteks ini, persoalan yang timbul ialah mengapa
pembina menggunakan mineral ini di dalam bangunan-bangunan di bandar
ini. Adakah arkitek zaman purba dahulu sudah mempunyai dan mengetahui
teknologi untuk menghasilkan tenaga elektrik? Sehingga kini tiada
jawapan yang ditemui.
4. Jambatan Anjing Bunuh Diri
Suicide Dog Bridge di Overtown, berhampiran Milton, Dumbarton, Scotland.
Dibina pada tahun 1859, jambatan berhampiran Overtown mempunyai kes-kes
yang tidak dapat dijelaskan sehingga sekarang di mana anjing yang akan
melalui kawasan ini akan membunuh diri dengan melompat dari jambatan
itu. Kejadian pertama kali dicatatkan pada tahun 1950-an atau 1960-an,
apabila orang ramai menyedari bahawa anjing yang melalui kawasan ini
akan tiba-tiba resah gelisah lalu terus melompat dan jatuh sehingga
berkecai!
5. Loladoffa Plate
“Plat Loladoffa” dijangkakan berusia 12,000 tahun ialah piring batu
ditemui di Nepal. Ianya telah membuktikan bahawa Mesir bukanlah
satu-satunya tempat yang dikunjungi oleh alien pada zaman purba. Bukti
ini jelas menunjukkan UFO dalam bentuk piring. Terdapat juga gambar
alien pada piring tersebut. Biar betul?
6. Bateri Lama Baghdad
Pada tahun 1936, saintis daripada Jerman iaitu Wilhelm Koenig, yang
bekerja di Muzium Arkeologi Baghdad, membawa objek pelik yang ditemui
semasa penggalian penempatan purba Parthian berhampiran Iraq. Ia adalah
tanah liat mempunyai ketinggian setinggi mangkuk kecil kira-kira 15
sentimeter. Di dalamnya adalah silinder tembaga, atasnya ditutup dengan
penutup besi. Dr Koenig membuat kesimpulan bahawa ia adalah satu bateri
elektrik, yang dicipta hampir dua ribu tahun sebelum penemuan Galvani
dan Volta. Egyptologist, Arne Eggebreht telah mencipta satu replika pasu
berisi cuka wain dan diukur menggunakan alat pengukur menunjukkan
voltan sebanyak 0.5 V terhasil. Adakah bateri sebenarnya sudah lama
wujud sejak zaman purba lagi dan mempunyai kaitan dengan kota Atlantis
yang hilang dan tenggelam?
Nie satu Quote dari idola saya.. “One may say the eternal mystery of the world is its comprehensibility” – Albert Einstein