Berita itu telah disahkan Presiden Persatuan Seniman (Seniman), Zed Zaidi.
Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir ketika beliau tiba di rumah selepas dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini sekitar pukul 12 tengah hari Sabtu.
Jenazah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Kg. Sialang, Tangkak, Johor.
Maimon yang juga merupakan ibu tunggal mempunyai lima cahaya mata iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.