IPOH – Sepasang suami isteri maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika sedang berjoging di Jalan Raja Dr Nazrin Shah di sini awal hari ini.
Mangsa
Lee Woon Bin, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Teh Siew
Chhon, 47, disahkan mati di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Ketua
Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan
Wan Sharuddin Wan Omar berkata, dalam kejadian 6.30 pagi itu pemandu
kereta itu seorang diri dari arah bulatan berhampiran kediaman Menteri
Besar, hendak pulang ke rumahnya.
“Kereta terbabit dipercayai
dipandu laju sebelum terbabas dan melanggar mangsa lalu tercampak
kira-kira 10 meter,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, pemandu kereta itu dipercayai tidak nampak mangsa yang ketika itu sedang berjoging dari Taman Dr Seenivasagam.
“Semasa kejadian cuaca baik manakala keadaan jalan lurus dan satu jalan mempunyai lorong dua hala,” katanya.
Pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama