BAJU mangsa dipenuhi darah akibat ditikam kumpulan pelajar terbabit. |
Dalam kejadian jam 2 petang itu, tikaman seorang daripada kumpulan remaja terbabit dipercayai bersenjatakan pisau menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di perut.
Menurut sumber, selepas menyamun wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa bernilai RM500, kumpulan remaja itu cuba melarikan diri.
“Namun, dua daripada mereka ditahan pengawal keselamatan selepas mangsa yang cedera merangkak keluar mendapat bantuan daripada orang ramai,” katanya memberitahu, tiga lagi rakan remaja itu sempat meloloskan diri.
Sumber polis berkata, mangsa yang berada di dalam tandas sendirian mendakwa didatangi kumpulan pelajar terbabit yang lengkap memakai uniform sekolah. - metro