Seorang lelaki yang merupakan
anggota polis menembak mati isteri di pondok polis
tempat suspek bertugas dan menembak ayah mentuanya pula di rumah ayah
mentua seterusnya membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri dengan
menggunakan senapang patah.
(Gambar rumah mangsa dan suspek dijumpai mati)
#BERITA PENUH
LEDANG: Seorang anggota
polis yang dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati
isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua
kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam
tadi.
Dalam kejadian itu, Lans Korporal
Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir,
26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak,
Labis, kira-kira 6.15 petang.
Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang.
Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.
Ketika berbual, dia dikatakan
mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif,
65, sebelum bertindak menembak dirinya.
Abdul Kadir yang parah dikejarkan oleh jiran ke Hospital Tangkak namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Bagaimanapun, suspek yang dipercayai mempunyai masalah dengan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu, jiran mentua suspek
yang enggan dikenali, berkata dia mendengar seperti bunyi mercun
sebanyak dua kali di rumah mangsa sebelum Maghrib.
Katanya, dia tidak mengesyaki
sebarang perkara buruk sebelum tiba-tiba seorang anak mangsa meluru
datang ke rumahnya dan memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang
juga abang iparnya.
“Saya memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah berkenaan dan terkejut melihat kejadian itu,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, sebelum kejadian dia
melihat suspek pulang ke rumah bapa mentuanya itu bersama anak lelakinya
yang berusia tiga tahun menaiki sebuah Proton Wira.
Katanya, dia juga ada melihat anak perempuan mangsa keluar bermain main bersama anak suspek di luar rumah.
“Ketika masuk ke ruang tamu rumah itu, saya melihat bapa mentuanya sudah terlentang di lantai dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja.“Meskipun terkejut, saya sempat menghubungi polis dan ambulans untuk bantuan kecemasan namun seorang daripada mereka ketika itu sudah meninggal dunia,” katanya.
- Harian Metro
(Gambar suspek selepas bunuh diri tertiarap di atas meja ini, kesahihan gambar ini tidak pasti kerana berbeza dengan gambar yang kami terima)
BERITA
SEMASA : Menurut sumber kami, suspek menggunakan senapang patah untuk
menembak mati mangsa dan bukannya menggunakan pistol. Kami cuba akan
mendapatkan gambar uncensored kes polis tembak isteri dan ayah mentua
ini.