Aktor kacak, Adi Putra
yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang menegaskan dia tidak
mengenali wanita yang dikaitkan dengan dirinya dan memberi sebab mengapa
dia mendiamkan diri. "Saya hanya ucap Alhamdulillah saja. Saya tidak
cakap saya sakit hati pun. Saya hanya kosongkan diri dengan menganggap
ianya adalah ujian dari Allah.Saya tidak ada rasa nak marah, jauh sekali
nak gelak. Saya ada terima komen mengatakan pada saya bahawa ujian
besar ini tanda Allah sayang pada kita. "Saya tidak boleh kata ia
sebagai fitnah. Saya bukannya Tuhan untuk meletakkan sesuatu hukum.
Hanya Allah saja yang boleh menghukum," kata Adi ketika sidang media
pengumuman dia sebagai duta syarikat Ferrina Beauty diadakan di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi.Mengulas dengan lebih tenang,
Adi mengatakan dia tidak mengenali wanita yang didakwa mempunyai skandal
dengannya itu. "Saya tidak kenal wanita itu. Saya diam diri sebelum ini
bukan bermakna saya mahu melarikan diri," ujarnya.