MUZIUM GUNUNG MERAPI DI YOGYAKARTA (14 GAMBAR)

Muzium Gunung Merapi ialah sebua muzium gunung berapi yang terletak di Sleman, Yogyakarta. Muzium ini dihbuka pada tahun 2009 dan ia mempamerkan artifak letusan Gunung Merapi yang sudah aktif sejak 1872. Di dalam muzium ini juga terdapat maklumat tentang bagaimana gunung berapi berfungsi dan fakta saintifik yang boleh menambah pengetahuan para pengunjung. Terdapat juga sebuah miniatur Gunung Berapi yang berfungsi seperti gunung berapi sebenar. Rekaan bentuknya pula seperti sebuah gunung berapi dan juga mengambil rekaan candiHindu yang banyak terdapat sekitar Yogya. Semasa artikel ini ditulis Gunung Merapi kembali aktif dan boleh dilihat memuntahkan asap tebal. Kali terakhir ia meletup pada tahun 2010, 352 orang awam terkorban.