Lelaki lari bogel mati ditikam
KUALA LUMPUR - Pertelingkahan antara dua lelaki di dalam sebuah bilik hotel dekat Cheras di sini semalam berakhir apabila seorang daripadanya, pelancong warga Vietnam maut akibat ditikam.
Dalam kejadian pada pukul 5.38 pagi itu, suspek, warga tempatan berusia 44 tahun yang hanya memakai seluar dalam mengejar mangsa sambil memegang dua bilah pisau dari sebuah bilik di tingkat empat hotel tersebut.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kedua-dua lelaki itu dipercayai bergaduh di dalam bilik sebelum suspek mengejar mangsa yang dalam keadaan bogel ke tingkat satu.
"Mangsa yang berusia 23 tahun diserang di kawasan tangga tingkat satu hotel berkenaan dan mati di tempat kejadian akibat cedera parah," katanya ketika ditemui di Balai Polis Alam Damai di sini. -