Kuih Yang Menyerupai Potongan Mayat Reput

kuih
Kek biasanya dibentuk secantik mungkin agar sesiapa sahaja yang melihat akan pasti terliur. Tidak hairanlah jika warna dan hiasan diselipkan dalam kek agar kelihatan lebih menawan. Namun bagaimana jika kek yang dibuat dibentuk serupa dengan potongan mayat manusia yang sudah reput? Mahukah anda memakannya?

Emma Thomas, seorang seniman yang dikenali sebagai Miss Cakehead mempunyai sesuatu yang berbeza dengan kuih-muih buatannya. Beliau membuat kuih dengan citarasa lazat namun dengan paparan luar yang mirip dengan potongan mayat manusia lengkap dengan ‘darah’ dan ‘tulang’. Menjijikan!
Emma memang dikenali sebagai seorang seniman yang sering membuat kuih dengan bentuk-bentuk yang mengerikan. Hasil karyanya tersebut dijual di pelbagai kedai kek di United Kingdom. Kebanyakan kuih yang direka Emma diperbuat daripada coklat yang dicampur dengan rum.

Berikut adalah hasil karya Emma Thomas yang menyerupai potongan mayat manusia: