Kereta Yang Menggunakan Kuasa Nuklear ( 5 Gambar ).
Kini, sejumlah jurutera dari syarikat teknologi Laser Power System di
Sturbridge, Amerika Syarikat sedang membangunkan teknologi turbin baru
yang digerakkan oleh laser dari proses pembelahan Thorium. Thorium
merupakan penguraian besi dengan kandungan radio aktif peringkat
pertengahan atom bernombor 90 dan diyakini tidak berbahaya bagi manusia
dalam jumlah kecil.
Laser Thorium digunakan menghasilkan stim, menggerakkan turbin dan
memutar generator untuk menghasilkan elektrik. Tenaga inilah yang
menjadi sumber penggerak motor elektrik pada kereta. Untuk memastikan
zarah radio aktif level rendah yang terkandung pada Thorium tidak
terlepas ke udara, sistem itu diberi lapisan almunium.
Jurutera di Laser Power System mengatakan, 8gram Thorium yang digunakan
dalam setiap kereta dapat digunakan untuk mengemudi dengan jarak 300,000
mile atau 482803.2 kilometer.