Pada Jun 1994, syarikat pengeluar kereta
Malaysia, Edaran Otomobil Nasional (EON), telah memperkenalkan kereta
Proton Sembilu. Ia bukanlah model terbaru kereta berjenama Proton,
tetapi merupakan nama 'body kit' kepada model kereta Proton Wirayang
diubahsuai bentuk serta prestasinya bagi menjadi 'sporty'.
Ketika kereta Proton Sembilu diperkenalkan
kepada umum, ia sedang dalam peringkatfasa pertama pengubahsuaian yang
cuma melibatkan bahagian badan luar dan dalam kereta. Antara bahagian
kereta yang telah diubahsuai ketika itu ialah:
Penghadang hadapan - lubang angin pada sebelah kiri & kanan untuk
menyejukkan brek & enjin, manakala bahagian 'bibir' untuk menahan
udara dari terbias ke bahagian bawah.
Penghadang tepi - untuk menambahkan kelajuan kereta, ia diubahsuai bagi mengelakkan angin terbias ke bahagian tayar.
Penghadang belakang - bertindak menekan angin supaya menolak kereta ke hadapan.
Stering - berukuran kecil dengan pemegang
yang besar dan mudah dikendalikan akan membolehkan pemanduan menjadi
lebih mantap dan stabil.
Tempat duduk - bentuknya yang dapat mengampu badan akan membolehkan pemandu berada dalam keadaan stabil dalam semua keadaan.
Tayar - memperkenalkan rim berukuran 15 inci.
Pihak EON ketika itu memberitahu bahawa Proton Sembilu atau
"bahagian-bahagian yang diubahsuai" akan dipasarkan kepada orang ramai
apabila proses pengubahsuaian sepenuhnya selesai dalam tempoh "kira-kira
setahun lagi". Antara pengubahsuaian yang dirancang untuk dilakukan
dalam fasa seterusnya melibatkan "bahagian enjin, sistem gegantung dan
gear untuk tujuan perlumbaan". Namun begitu, tidak pula diterangkan
tentang pemilihannama "Sembilu" itu. Tak mungkin nama itu berdasarkan
tajuk filem popularSembilu (hanya mula tayang Ogos 1994), tapi
mungkinkah ia berdasarkan tajuk lagu popular Ella, Sembilu (keluaran
1992)?