Pony, Orangutan berkelamin betina ini menjadi objek pemuas hasrat seksual di penempatan Kerengpangi. Yang membuat bulu roma berdiri, yang berkaitan seksual dengan Pony adalah manusia. Lelaki yang mencari kenikmatan rupanya tidak hanya memilih manusia, tapi juga binatang.
Pony diajar untuk bertingkah laku seperti manusia, bahkan seluruh bulunya dicukur dan tubuhnya diikat di katil. Akhirnya kulit Pony menjadi merah dan tubuhnya tak berdaya. Menyedihkan sekali bahawa pelacuran kepada manusia saja sudah dikecam banyak orang, dan ini terjadi pada haiwan.
Aktivis haiwan cuba menyelamatkan Pony. Mereka memerlukan bantuan untuk menyelamatkan Pony dari tempat itu. Setelah berjaya diselamatkn, polis hutan tidak menyerahkan Pony begitu saja pada Organisasi Penyelamat Orangutan Borneo.
Wanita yang memelihara Pony selepas itu menjadi histeria. Wanita yang hanya dikenali sebagai Desilets berkata bahawa Pony sudah seperti anaknya sendiri. "Paling membuat saya sedih, tidak ada undang-undang di Indonesia menetapkan hal ini."