Jalan 150 meter untuk buang tatu.


Bertatu,suatu isyarat seseorang menjadi anggota sebuah kumpulan. Alasan ahli gengster nak buang tatu di negara jiran telah menempa nasib malang.Melalui Operasi Cantas di Bukit Kayu Hitam,ahli kumpulan terbabit dapat ditangkap polis.

Anggota PDRM dan PDRM khususnya sentiasa berhubung rapat dengan orang ramai.Demikian ciri-ciri yang semakin dituntut didalam perkhidmatan PDRM.

In Syaa Allah,niat bekerja seseorang mukmin hendaklah didalam konteks suatu ibadah.Semoga mendapat keberkatan dari Illahi sepanjang hayat.

BUKIT KAYU HITAM - Taktik sembilan lelaki disyaki ahli kumpulan kongsi gelap 04 dan 08 berjalan kaki sejauh 150 meter dengan cuba menyelinap masuk ke negara jiran untuk membuang tatu kumpulan masing-masing gagal apabila mereka diberkas petang kelmarin.
Suspek yang berusia 24 hingga 47 tahun itu diberkas secara berasingan sejak pukul 7.30 petang di Kompleks Imigresen Kuarantin dan Kastam (CIQ) dekat sini.
Ketika diperiksa, kesemua mereka memiliki tatu termasuk corak harimau dan helang pada tubuh masing-masing mewakili kumpulan samseng yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya percaya sembilan lelaki tersebut mahu melarikan diri daripada pihak berkuasa yang sedang menggempur penjenayah menerusi Ops Cantas Khas sejak 17 Ogos lalu.
"Kita tidak menolak kemugkinan kumpulan suspek ini pergi ke Thailand untuk membuang tatu pada badan mereka selepas diharamkan KDN," katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan yang masuk dari Thailand di CIQ kelmarin.