Intan Ladyana Sedia Adegan Dirogol Farid Kamil Jadi Bualan

Jarang sekali melihat dia membawakan karakter seorang gadis yang seksi dan daring. Tetapi untuk filem Dampak, Intan Ladyana berani memikul tanggungjawab tersebut termasuklah dia sanggup dirogol oleh Farid Kamil. Mengakui sukar untuk melakonkan babak tersebut namun Intan menganggap ia sebagai cabaran.



“Sebenarnya ia sepatutnya jadi babak rogol tapi Qyra (nama watak) ni dia rela dirogol oleh Giran sebab sebenarnya dalam diam dia ada hati pada Giran. Itu babak paling susah sekali. Sebab dia memerlukan mainan emosi dan dalam masa sama fizikal.
“Apabila di beritahu saya perlu melakukan baabk itu bersama Farid, saya ambil ia sebagai satu cabaran pada diri sendiri. Malah kalau tengok dalam cerita ni, saya juga seorang perokok. Pada sesiapa yang kenal saya, saya memnag tak suka asap rokok. Tapi dalam filem ni saya buat juga (merokok) dan anggap ia satu cabaran”, kata Intan menceritakanserba sedikit tentang karakternya ketika di sidang media pra tonton filem tersebut di e@Curve, semalam. Kata Intan dia juga sudah bersedia sekiranya babak itu menjadi bualan hangat ramai apabila filem tersebut ditayangkan di pawagam kelak.
“Saya tiada masalah sekiranya babak tu jadi bualan sebab itu sebahagian daripada jalan cerita filem tu sendiri. Tapi apa yang dipaparkan tu buakannya real. Sementara Farid yang berada di sisi Intan yang turut diminta mengulas mengenai adegan tersebut berkata,
“Babak tu memang sukar. Sebab pada saya, kalau nak suruh berpeluk-peluk tu senang sebab dah biasa dalam filem-filem sebelum ni. Tapi lakonan kali ini dalam keadaan Giran (wataknya) yang ketika itu mengalami kecederaan. Jadi saya perlu menghadkan pergerakan tubuh saya. Semasa babak tu dirakamkan, hanya kami berdua saja dalam bilik itu bersama empat kamera. Hanya sekali take, kira-kira dalam 20 minit babak itu dilakukan”, tutur Farid.
Dampak merupakan garapan sulung dari pengarah baru, Lai Yuk Long. Filem ini membawa tema persahabatan, kekeluargaan dan banyak memaparkan pengajaran sekiranya tidak memilih jalan benar dalam hidup. Turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Aaron Aziz, Juliana Evans, Michael Chin dan Cat Farish. Filem fiksyen yang sarat dengan adegan aksi dengan sentuhan ala novel grafik ini bakal ditayangkan mulai 19 September ini.