Info : Tips Untuk Jadi Playboy Yang Berjaya.Muahaha..



Rasa janggal membantu kaum lelaki menggoda hati gadis kali ini, tetapi apa salahnya bukan? Jika anda minat akan seorang gadis (atau beberapa orang gadis, saya tidak berhak mengadili di sini), mari lihat bersama tip berikut yang boleh membantu anda menjadi jejaka idaman gadis Malaya.

Ingat nama setiap teman wanita anda

Nama pun playboy, teman wanita keliling pinggang. Tetapi kalau tidak mahu kantoi, pastikan anda ingat nama teman wanita anda. Nak senang, bagi sahaja nama timangan (misalnya babe, sayang, dan lain-lain).

Wanita tidak bodoh, jadi saya nasihatkan anda agar makan Gingko untuk perbaiki daya ingatan.

Ambil perhatian tentang teman wanita

Mengapa lelaki muda sering kali kalah kepada lelaki tua bab mengorat anak dara? Sebab anda tidak mengambil berat tentang si gadis. Perlulah sensitif dan perhatikan apa yang si gadis suka dan apa yang si gadis tidak suka.

Sentiasa berpakaian kemas

Bagi gadis mana-mana sekalipun, tiada yang mahukan lelaki yang berpakaian macam pengutip sampah tepi jalan. Nak mengorat,pandailah bergaya. Tidak semestinya sut macam James Bond (tetapi kalau ada sut lagi kami suka), cukup sekadar sedap mata memandang. Barulah si gadis akan berikan anda perhatian.

Jadilah 'Alpha Male'

Pernah dengar frasa ini? Alpha Male merupakan lelaki yang akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan apa yang beliau mahukan. Tahukah anda kebanyakan Alpha Male merupakan CEO syarikat terbesar seluruh dunia.

Contohi Alpha Male dalam soal mendapatkan gadis yang anda mahukan. Tetapi hati-hati. Alpha Male agak agresif, dan sekiranya anda mahukan si gadis Melayu terakhir, mungkin bertindak agresif akan menakutkan beliau. Sesuaikan tindakan dengan kehendak.