Gambar Sarimah Ibrahim paling memukau lelaki miang - Aktres jelita Sarimah Ibrahim memang seorang pelakon yang amat cantik dan memukau kerana memiliki raut wajah seperti selebriti Hollywood. Ini kerana wanita berusia 35 tahun itu sememangnya berdarah kacukan Irish-Malay dan lahir di Dublin, Ireland.
Seperti beberapa keping gambar cantik Sarimah di bawah, sesiapa pun yang melihat penampilannya akan terpegun dan tergamam. Apa tidaknya, pelakon itu tidak ubah seperti seorang gadis dara walaupun dia sebenarnya pernah berkahwin sekali dengan Amir Andrew Abdullah, 42, sebelum bercerai tiga tahun kemudian.
Pernah membintangi lebih dari 10 drama dan filem serta mengacarakan puluhan program television sejak mula bergiat dalam dunia hiburan pada 1996, Sarimah banyak menerima anugerah berprestij seperti Best Newcomer Anugerah Media Hiburan 1998, FHM Sexiest Women In The World Poll 2002, Best Entertainment TV Presenter Anugerah Skrin 2005 TV3 dan banyak lagi.
Ternyata perjalanan seni penyanyi itu penuh dengan kejayaan walaupun pelbagai liku-liku kontroversi terpaksa dilalui. Khabarnya, dia kini kembali menjadi sebutan di blog-blog hiburan kerana didakwa baru sahaja putus cinta dengan kekasih barunya iaitu seorang jejaka Perancis.
Walaupun telah menyulam cinta selama dua tahun namun nampaknya mereka berdua tiada jodoh. Faktor perbezaan agama dan budaya dikatakan menjadi punca uttama kepada perpisahan itu, jika menurut murai batu. Apapun, mari layan beberapa keping gambar Sarimah di bawah yang pasti membuat korang tidak senang duduk dan terbawa-bawa dalam mimpi.