Soalan;
Saya terbaca tulisan seseorang yang mendakwa memperjuangkan dakwah sunnah. Dia beranggapan harga minyak dan barang naik bukan menjadi kesalahan kerajaan. Beliau berhujah dengan sebuah hadis, daripada Anas (bin Malik radhiallahu 'anh), dia berkata: Pada masa Rasulullah SAW, harga barangan asasi naik. Maka para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah! Tetapkanlah harga barang untuk kami.” Rasulullah menjawab:
Saya terbaca tulisan seseorang yang mendakwa memperjuangkan dakwah sunnah. Dia beranggapan harga minyak dan barang naik bukan menjadi kesalahan kerajaan. Beliau berhujah dengan sebuah hadis, daripada Anas (bin Malik radhiallahu 'anh), dia berkata: Pada masa Rasulullah SAW, harga barangan asasi naik. Maka para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah! Tetapkanlah harga barang untuk kami.” Rasulullah menjawab:
“Sesungguhnya Allah, Dia-lah yang menetapkan harga, menyempitkan, melapangkan dan merezekikan. Sesungguhnya aku berharap ketika aku berjumpa dengan tuhanku (Allah), tidak ada seorangpun yang menuntut kepadaku kerana suatu kezaliman yang menyangkut urusan darah (nyawa) mahupun harta (ekonomi)." [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1314 (Kitab al-Buyu’, Bab berkenaan penetapan harga)]
Betulkah pemahaman beliau tentang hadis tersebut?
Jawapan;
Hadis tersebut tidak dipertikai kesahihannya, Namun ustaz tersebut memahami hadis secara fardie, tanpa memahaminya secara bersama dengan hadis-hadis yang lain, begitu juga tidak melihat lingkungan hadis dan illahnya. Imam Ibnu Taimiyyah sendiri (begitu juga muridnya Ibnul Qayyim) memfatwakan; at-tas’ir (kawalan harga) oleh kerajaan dibolehkan – malah dituntut - pada waktu-waktu tertentu (rujuk; al-Hisbah, Ibnu Taimiyyah, hlm. 21. Majmu’ al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, 28/75). Nabi SAW sendiri – walaupun dalam hadis tadi enggan melakukan tas’ir-, namun baginda sendiri pernah menyuruhnya.
Nabi SAW pernah bersabda berkenaan hamba yang dimiliki beberapa tuan (satu pihak dari tuannya ingin membebaskannya dan pihak lain tidak ingin membebaskannya kecuali dengan bayaran), kata Nabi SAW; “Sesiapa yang memerdekakan bahagiannya dari seorang hamba, jika ia memiliki wang yang membolehkannya membayar harga hamba itu sepenuhnya, hendaklah ditetapkan untuk hamba itu harga misil (yakni harga sebanding), kemudian dibayar harga itu kepada rakan-rakan kongsinya mengikut kadar pemilikan masing-masing supaya hamba itu dapat bebas di tangannya. Jika ia tidak memiliki wang untuk membeli hamba itu, hamba itu merdeka sekadar yang dimerdekakannya sahaja (yakni menjadi hamba muba’adh; hamba merdeka separuh)” (Soheh Muslim; 1501/1, dari Ibnu ‘Umar RA).
Hadis ini menunjukkan arahan tas’ir (penetapan harga) dari Nabi SAW, kerana baginda menetapkan hamba itu dinilai dengan harga misil. Baginda tidak berkata; hendaklah rakan-rakan kongsinya menetapkan harga mengikut yang mereka mahu kerana hamba itu adalah milik mereka bersama. Hadis ini menunjukkan bahawa tas’ir bukanlah haram sepenuhnya, ada ketikanya ia disyariatkan kerana jika haram sepenuhnya sudah tentu Nabi SAW tidak akan melakukannya. Antara faktor keharusan tas’ir ialah apabila diperlukan untuk maslahah masyarakat, sebagaimana kaedah; “maslahah awam diutamakan dari maslahah khusus”. Jika peniaga-peniaga menetapkan harga yang tidak munasabah semata-mata ingin mengaut untung lebih dan tindakan mereka menekan masyakat pengguna, pada ketika itu para ulama memberi fatwa; harus kerajaan masuk campur untuk menjaga maslahah masyarakat. Walaupun tindakan kerajaan menafikan hak segolongan masyarakat (iaitu para peniaga) untuk mendapat keuntungan besar tetapi penafian itu demi menjaga maslahah yang lebih besar iaitu masyarakat umum. Amalan Nabi SAW tadi membenarkan tindakan ini.
Imam Ibnul Qayyim menjelaskan; “Arahan Nabi SAW supaya hamba itu dinilai mengikut harga misil (tidak boleh dijual dengan nilai lebih dari itu) itu adalah tas’ir pada hakikatnya. Maka jika Syarak (iaitu Nabi SAW) mengharuskan tas’ir untuk maslahah khusus (iaitu maslahah seorang hamba; untuk memudahkan pembebasannya dengan menetapkan harga misil supaya dapat dibeli oleh orang yang ingin membebaskannya), maslahah orang ramai untuk menjamin mereka dapat memiliki (barang-barang keperluan mereka) adalah lebih besar dari itu” (rujuk; al-Turuq al-Hukumiyyah, Ibnul Qayyim, hlm. 217-218. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 11/310, perkataan; ‘Tas’ir’).
Kerajaan dalam situasi di atas menjadi penimbang antara dua pihak iaitu antara peniaga dan pengguna, antara maslahah khusus dan maslahah umum. Kerajaan tidak boleh sewenang-wenang melakukan tas’ir tanpa ada maslahah yang lebih besar kerana ia akan menzalimi satu pihak tanpa hak. Namun dalam kes harga minyak, ia membabitkan kerajaan sendiri. Kerajaan yang memiliki minyak dan kerajaan yang bertindak sebagai peniaga (menjualnya kepada rakyat), maka tiada siapa yang dizalimi jika kerajaan melakukan tas’ir ke atas harga minyak demi menjaga kebajikan rakyatnya. Maka penggunaan hadis tadi oleh ustaz tersebut bagi kes harga minyak adalah tidak kena pada tempatnya. Namun kita jelaskan juga di sini untuk membetulkan kekeliruannya.
http://ilmudanulamak.blogspot.com/
Ini Jawapan Dari Ustaz Zaharuddin Untuk Ustaz Fathul Bari..
Memang benar, ketentuan harga adalah dari Allah swt, malah semua perkara juga demikian. Namun mengajak beriman dan pasrah terus sambil mengabaikan arahan Allah dan RasulNya agar berusaha membanteras unsur kezaliman , ketidakstabilan dan kelemahan yang mengganggu proses harga adalah kaedah berfikir yang SALAH. Lihat Allah swt mengharamkan Riba.
Begitu juga haramnya BAI’ AN-NAJASH kerana manipulasi harga sebenar secara terancang oleh rakan penjual, HARAMNYA Jualan TALAQQI AL-RUKBAN kerana menganggu harga pasaran, DIHARAMKAN juga IHTIKAR (simpanan barangan asasi agar naik harga kerana demand secara paksaan dicipta). Justeru, fahamilah hadis berkaitan 'harga adalah ketetapan Allah' beserta hadis-hadis yang berkaitannya. Jika tidak, anda mungkin melencong dari kefahaman yang betul.
Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam tidak membenarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan pada masa yang TIDAK TERDESAK. Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam juga menolak permintaan sahabat baginda untuk melakukan 'ceiling' harga di ketika pasaran tidak diserapi unsur zalim oleh peniaga dan tiada campurtangan dalam ketetapan harga, tiada gangguan pada permintaan serta penawaran Sebagaimana respon dan jawapan Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam kepada sahabat baginda :
بل الله يخفض ويرفع , وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال
Ertinya : Bahkan Allah SWT adalah yang menaik dan menurunkan harga, dan sesungguhnya akhu berharap untuk bertemu Allah dan tiada seorang pun dari kalangan kamu menuntut dariku akibat sebarang kezaliman ( yang aku lakukan) samada berkaitan darah atau harta" ( Riwayat Abu Daud ; hlm 385 ; Al-Bayhaqi, 6/29 ; Sohih menurut Albani)
Namun kemudiannya, ulama terulung dari kalangan Tabi’en seperti Imam Sa’id Musayyab, Yahya Sa’id Ansari, Imam Malik dan ramai lagi ulama tabien sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang kezaliman dari berlaku.
Sheikhuna Prof. Dr. Fathi Al-Durayni menjelaskan tas’ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas’ir. Iaitu Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159)
Ulama tabien pula membenarkan tas’ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi’r. Jelas dari isu ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
9 Sept 2013
Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151585355921576&set=a.404564786575.190914.226669856575&type=1&relevant_count=1
Ustaz Fathul Bari sepatutnya bertanggungjawab atas kekeliruan yang sengaja ditimbulkan berikutan isu harga barang adalah kerana mengikut ketentuan Allah. Bagi penerangan yang sekerat2, ataupun tidak menyeluruh kerana mahu mengangkat pemimpin2 yang zalim bukan la perbuatan yang harus kita kompromi.
Minta maaflah UFB. Minta maaf kerana mengelirukan umat. Dan minta maafla kerana menyebabkan ada umat2 yang mempercayai keterangan2 dari tafsiran akal UFB yang jelasnya tidak tepat menurut apa yang Allah perintahkan.
Kalau kita tak betul, kita bawa diri kita je takpe. Tak hasut orang lain. Tak mempengaruhi orang lain. Tak ajak orang lain. Kalau kena hukum pun kita jek yang kena. Tak babit dan jejaskan orang lain. Ini sudah la tak betul, kita heret pula orang lain.
Apa la nak jadi..
Harap2 UFB tak la ego sangat sampai takmo terima teguran2 dan nasihat dari orang ramai dalam isu neh terutamanya dari mereka2 yang memang arif dalam bidang masing2..
Sekian.