Khas untuk pembaca blog Penmarah yang ingin menjana pendapatan sampingan lumayan di Internet.
Khas juga untuk pembaca blog Majalah Niaga yang ingin mempunyai produk sendiri dan mencari jalan untuk meningkatkan keuntungan mulai saat ini.
Satu daripada cara berkesan untuk mula merasai nikmat duit daripada Internet adalah menerusi program affiliate. Affiliate bermaksud kita menerima komisyen sebagai agen untuk produk-produk tertentu.
Salah seorang daripada individu yang menjana pendapatan RM100,000 setiap bulan dengan program affiliate adalah Pat Flynn. Kata beliau,
“Keindahan menjana pendapatan dengan program affiliate adalah kita tidak perlu tertekan untuk menghasilkan produk sendiri.”
Mesej beliau ini memberikan kelebihan dan kebahagian kepada dua jenis golongan iaitu:
- Agen affiliate.
- Pemilik produk (Vendor).
Golongan #1 – Agen Affiliate
Sebagai agen affiliate, kita tidak perlu pening kepala untuk memikirkan tentang produk. Semua itu diuruskan oleh pemilik produk. Fokus agen affiliate adalah melakukan pemasaran yang agresif.
Ini bermakna, kita hanya menanti duit komisyen sahaja untuk setiap jualan yang berjaya dihasilkan.
Bagaimana pula dari sudut pemilik produk?
Golongan #2 – Pemilik Produk (Vendor)
Bagi mereka yang bertanggungjawab sebagai vendor atau pemilik produk, kita tidak perlu lagi risau tentang pemasaran. Semuanya diuruskan oleh agen-agen yang berdaftar.
Walaupun keuntungan yang bakal kita peroleh tidak begitu banyak kerana memberikan komisyen kepada agen, namun ia menjimatkan kos-kos pengiklanan yang perlu ditampung sekiranya mereka tidak memiliki agen.
Justeru itu, kedua-dua agen dan pemilik produk memiliki kelebihan masing-masing. Untuk agen, tugasnya adalah membawa pelanggan. Bagi pemilik produk pula, tugas mereka adalah menguruskan pelanggan dan memberikan komisyen kepada agen.
JomNiaga – Tempat Agen dan Vendor Malaysia Berkumpul
Khas untuk tuan puan yang ingin merasai nikmat buat duit dengan affiliate, JomNiaga adalah satu daripada laman web yang menyediakan puluhan program affiliate yang boleh disertai.
Lebih menarik, komisyen yang ditawarkan juga lumayan. Malah kita juga akan diberikan bahan-bahan pemasaran seperti iklan, artikel dan sebagainya secara percuma.
Manakala untuk vendor, kita dapat jadikan Jom Niaga sebagai pusat untuk meletakkan produk kita dan meledakkan jualan secara maksimum dengan kehadiran puluhan ribu agen affiliate sedia ada.
Gobala Krishnan – Pengasas Jom Niaga
Gobala Krishnan adalah usahawan Internet yang mempunyai pengalaman yang luas dalam perniagaan Internet. Pada sekitar tahun 2007, beliau menjana pendapatan sekitar RM20,000 hingga RM60,000 sebulan.
Kini, beliau adalah pengasas JomNiaga yang bermatlamatkan untuk membantu jutaan rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan lumayan di Internet, sertai membina empayar perniagaan Internet yang membawa keuntungan yang lebih luar biasa.
JomNiaga dibina berdasarkan pengalaman emas beliau membina empayar perniagaan Internet. Oleh sebab itu laman web ini dilengkapi dengan teknologi terkini yang merangkumi:
- Sistem affiliate terkini yang digunakan dalam pasaran global supaya memudahkan agen affiliate untuk mengaut keuntungan yang lumayan.
- Kelas-kelas pemasaran dan pembinaan perniagaan empayar perniagaan Internet yang dijalankan secara online dan offline.
JomNiaga – Bagaimana Affiliate Boleh Ambil Kesempatan
Jika kita masih tidak mempunyai produk untuk diniagakan, maka jalan pintas untuk menjana pendapatan di JomNiaga adalah menerusi program affiliate.
Terdapat puluhan produk daripada pelbagai kategori seperti kesihatan, bisnes, masakan, sukan dan banyak lagi yang disediakan oleh pihak JomNiaga. Malah agen affiliate hanya memerlukan satu akaun sahaja untuk mempromosikan kesemua program affiliate ini.
Gobala Krishnan faham dengan situasi program affiliate di Malaysia. Di mana masalah utama adalah agen mendaftarkan diri banyak kali sekiranya mereka mahu menyertai lebih daripada 1 program affiliate yang berbeza.
Oleh sebab itu, JomNiaga menyediakan fungsi satu akaun khas untuk agen mempromosikan puluhan produk yang terdapat dalam sistem mereka.
Berikut adalah 3 kelebihan utama menjadi agen affiliate JomNiaga:
- Teknologi satu akaun untuk promosikan produk yang disediakan oleh vendor.
- Komisyen dijamin bayar tepat pada masanya.
- Pembayaran komisyen boleh diintegrasikan dengan Paypal, cek atau pemindahan daripada akaun bank.
- Teknologi tracking terkini supaya komisyen affiliate kita tidak dicuri oleh orang lain.
JomNiaga – Bagaimana Vendor Kaut Lebih Banyak Keuntungan
Sebagai pemilik produk digital atau fizikal, kita boleh menggunakan platfom JomNiaga untuk mengaut lebih banyak keuntungan. Ini kerana JomNiaga mempunyai lebih 10,000 agen affiliate yang bersedia untuk mempromosikan produk kita.
Dengan kata lain, apabila menggunakan JomNiaga sebagai vendor, penting untuk kita bersedia lebih ramai pelanggan. Kerana ribuan agen affiliate akan melakukan kempen pemasaran kita secara agresif.
Bagi pemilik produk atau vendor, pilihan ini adalah alternatif terbaik dan kita dapat menjimatkan kos pemasaran serta pengiklanan sehingga ratusan ribu ringgit.
Kelebihan menjadi vendor JomNiaga adalah seperti berikut:
- Tidak perlu panggil pelanggan. Semua ini akan diuruskan oleh agen affiliate JomNiaga.
- Tidak perlu pening kepala tentang pembayaran. Semuanya diuruskan oleh sistem JomNiaga secara automatik.
- Laporan statistik jualan setiap bulan akan diberikan. Sistem tracking juga adalah berdasarkan teknologi terkini yang dijamin mudah, cepat dan efisien.
JomNiaga – Daftar Percuma Sekarang
Sehingga kini, pengasasnya Gobala Krishnan memberitahu,
“JomNiaga kini masih lagi dalam proses BETA dan kami membuka tawaran kepada agen affiliate dan vendor (pemilik produk) untuk mendaftarkan diri secara PERCUMA.”
Tambah beliau, “Sebaik sahaja semua sistem berjalan dengan lancar, kami akan mengenakan caj kepada vendor untuk meletakkan produk mereka dalam laman web JomNiaga.”
Untuk melakukan pendaftaran sebagai agen affiliate: Klik di sini.
Berdasarkan pengalaman kami mengenali Gobala Krishnan dan mencuba sistem JomNiaga, kami dapati ia adalah satu daripada laman web penyedia program affiliate yang bertaraf global.
Sistem yang digunakan mempunyai ciri-ciri seperti satu daripada laman web penyediaprogram affiliate terkemuka di dunia iaitu Clickbank. Bagi pemilik produk atau vendor, JomNiaga adalah alternatif untuk kita menjimatkan kos pemasaran dan pengiklanan.
Bayangkan, di saat kita meletakkan produk kita di JomNiaga, ribuan tentera dan agen affiliate akan melakukan pemasaran serta membawa masuk lebih banyak pelanggan dengan lebih agresif.
Daftar Sekarang sebagai Agen Affiliate Jomniaga di sini
Sumber :http://www.majalahniaga.com/reviu/jomniaga-bantu-rakyat-rasa-nikmat-buat-duit-di-internet
Sumber :http://www.majalahniaga.com/reviu/jomniaga-bantu-rakyat-rasa-nikmat-buat-duit-di-internet