Penjelasan isteri pertama Ashraf Muslim, Dayana akur dan menerima jika
suaminya bakal berkahwin lagi. Menurut bakal isteri ke-2 Ashraf iaitu
Sakinah, beliau telah lama mengenali Ashraf Muslim dan Noor Dayana juga
mengetahui hubungan antara beliau dan suaminya.
“Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya
dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan,
kalau boleh elakkan perkahwinan”
“Bagaimanapun, jika ianya berlaku, dia redha,” ujar Sakinah yang juga
mengatakan beliau sudah melakukan solat Istiqarah dan sudah mendapat
petunjuk daripada Allah SWT.
“Bagaimana pun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun
saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan sahaja keluarga saya, tetapi
juga keluarga Ashraf dan isterinya,” tambah wanita berusia 28 tahun itu
lagi.