Nubhan Mengamuk Kerana Kekasih? Menerusi komen seorang peminat, penyanyi lagu "Ada Untukmu", Nubhan Ahamad baru-baru ini dilaporkan telah membuat kecoh di kaunter pertanyaan sebuah syarikat telekomunikasi.
Menurut info itu lagi, Nubhan mengamuk tak tentu pasal sehingga membuat semua orang yang berada di kaunter pada hari tersebut tersentak. Dikatakan, punca Nubhan meninggikan suara itu bermula dari seseorang. Siapakah sebenarnya gerangan orang itu?
Difahamkan, Nubhan telah naik berang disebabkan seorang gadis yang didakwa kekasihnya, tidak dilayan dengan baik oleh petugas kaunter di situ. Sebenarnya gosip ini bermula selepas orang yang bertugas di kaunter tersebut telah meninggalkan komen berani mati di fanpage Nubhan iaitu Ahmad Nubhan Ahamad.
Berikut adalah komen dari Prisha:
"Shame on a popular singer like u who create a controversy in a telecomunicatuon company. Shame on your girlfriend who disrespect others and embarassed hersef and u in the public. What a shameless life by a singer and havoc been created by his so call partner which witness by everyone."
Nampaknya kali ini Nubhan kena tolong jawab dan jelaskan dakwaan ini kepada rakan media. Mungkin ia berpunca dari hanya salah faham. Namun tinjauan admin Kezoom mendapati komen Prisha itu telahpun dipadamkan oleh pemiliknya sendiri, Prisha Micheal. Apapun, Nubhan ataupun admin fanpage tersebut dilihat telah memberikan sedikit maklumbalas kenyataan diatas.