ALI XPDC CEDERA TULANG BELAKANG – AKIBAT KEMALANGAN

Bekas vokalis kumpulan XPDC iaitu Ali ,mengalami kecederaan pada tulang belakang selain tangan kanannya terseliuh akibat kemalangan yang dialaminya pada pada 11 September lalu. Kecederaan tersebut juga menyebabkan dia sukar bergerak.

Bercakap kepada mstar online,Ali berkata, walaupun cedera dan telah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama tiga minggu di rumah tetapi dia tetap bersemangat untuk meneruskan persembahan di Laman Santai, Istana Budaya (IB) pada malam Sabtu lalu. Persembahan tersebut turut dimeriahkan lagi beberapa rakan artis seperti Aris Ariwatan, Zamani (Slam) dan Rahmat (Mega)

Luahan Ali : Alhamdulillah kemalangan itu bukannya serius dan tidak perlu rasanya untuk membatalkan persembahan tersebut kerana saya tidak mahu mengecewakan peminat. Tambahan pula acara itu telah dirancang sejak awal bersama rakan-rakan artis lain.
Dalam pada itu, Ali menceritakan mengenai kejadian itu,berkata, dia terlanggar sebuah bonggol yang baru dibina di kawasan perumahannya ketika menunggang motosikal sehingga menyebabkannya terjatuh.

Dalam perkembangan sama, Ali memberitahu, atas sebab itu juga saya terpaksa menggunakan kerusi semasa mengadakan persembahan kerana tidak boleh berdiri lama akibat rasa sakit pada bahagian belakang badan. Bagaimanapun kecederaan itu tidak serius.