KEJAM sekali tentera-tentera Abdul Fattah As-Sisi yang sedang menggila dan membunuh tanpa ehsan rakyat Mesir pada hari ini.
Selain membunuh penduduk tempatan
yang hanya bersenjatakan al-Quran, mereka turut bertindak biadap
terhadap terhadap mayat-mayat para syuhada yang gugur.
Gambar di atas antara contoh
bagaimana mereka menghina dan memperlakukan mayat. Tidak cukup dengan
membunuh tanpa sedikit pun simpati, mereka kemudiannya berlawak dengan
menggunakan mayat tersebut. Sungguh biadap.
Dalam pada itu, terdapat satu
rakaman di mana mayat salah seorang mangsa syahid tidak lut meskipun
ditikam dan dirobek-robek sekuat hati oleh para tentera As-Sisi.
Akhirnya, puak tentera tersebut putus asa lalu mencurah petrol untuk
membakar mayat tersebut.
Tiada langsung keinsafan di hati
mereka setelah menyaksikan keajaiban berkenaan malah mayat syuhada
terbabit masih ditendang-tendang oleh salah seorang mereka sambil
memberikan amaran.
Wallahu’alam.
“Dan
jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang
gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan
mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan
mendapat rezeki;
(Dan
juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid)
yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan
berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang
berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum)
sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula
tidak akan berdukacita.
Mereka
bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan
(ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang
beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171) – REM RAMZI