Kami baru
sahaja sebenarnya mendapat tahu yang Shila Amzah telah mendapat status
penduduk tetap (PR) di China pada hujung minggu yang lalu.
Walaupun
terlambat, ianya masih satu berita baik untuk di’kongsi dengan anda
semua kerana ini satu tanda yang menunjukkan China memang mengalu-alukan
bakat unik Shila Amzah di’sana.
Shila Amzah
mendedahkan perkara ini ketika menjadi artis jemputan untuk Carta ERA
40 di radio ERA fm hujung minggu selepas di’tanya Datuk Aznil Hj Nawawi
tentang kekerapan beliau keluar masuk Malaysia.
“Saya
sekarang duduk (tinggal) di Shanghai — dan kerana bekerja di’sana, saya
telah dapat PR (status penduduk tetap),” jelas Shila Amzah.
Shila Amzah
juga berkata peminat di’sana senang menerima kehadiran beliau mungkin
kerana gaya bertudung dan juga cara nyanyian beliau yang nampak
berlainan daripada apa yang di’tawarkan penghibur di’sana.
Album penuh
terbaru Shila Amzah akan muncul di’pasaran pada awal Jun 2013 nanti
yang akan mengandungi 6 buah lagu kesemuanya ciptaan sendiri oleh Shila
Amzah. -RotiKaya