Shaheizy Sam Prihatin Isu Babi - Sebelum
ini kecoh apabila pasangan seks bebas Alvin dan Vivian mengajak umat
Islam untuk berbuka puasa dengan sajian Bak Kut Teh.
Kali ini kecoh pula apabila sebuah ‘page’ di laman sosial Facebook telah
memuat naik poster seekor babi panggang bersama logo halal.
Pelakon terkemuka serta penerima Anugerah Bintang PalingPopular 2012, Shaheizy Sam telah berkongsi poster tersebut dan memohon kepada mereka yang prihatin untuk melaporkan page tersebut kepada pengendali Facebook.
Tindakan Sam itu dilihat sebagai satu tanda keprihatinan beliau terhadap isu yang melibatkan agama Islam.
Sebagai pelakon yang hebat serta mempunyai peminat yang ramai, pastinya
Sam yakin bahawa dengan perkongsian tersebut para peminat akan turut
bersama bertindak melaporkan kepada pengendali laman sosial itu.
Justeru, kita sebagai umat Islam harus memandang serius perkara tersebut.
Semua sedia maklum bahawa babi adalah haram di sisi umat Islam.
Namun, kenapa masih ada pihak yang memainkan isu sensitif sebegini dengan niat menjatuhkan maruah umat Islam.
Ayuh bersama kita bertindak!
Laporkan laman tersebut: https://www.facebook.com/Izlam.is.Shit.Always –Webberita | Terkini via MyNewsHub
Laporkan laman tersebut: https://www.facebook.com/Izlam.is.Shit.Always –Webberita | Terkini via MyNewsHub