Mr Olsen terkejut memutuskan untuk terus merawat dan memelihara ayam
yang sudah tidak berkepala itu,setelah sembuh luka Mr Olsen memberi
makanan campuran susu dan air melalui penitis mata, dia juga diberi
makan biji-bijian yang kecil dan juga jagung.Ayam ajaib ini di namakan
"Mike".Mike ayam tanpa kepala ini juga boleh berkokok walaupun
kedengaran bunyinya dari dalam tekak,Mike juga menghabiskan masanya
dengan berdandan dan cuba mematuk makanan dengan lehernya.
Pada bulan Mac 1947, di sebuah motel di Phoenix di persinggahan semasa dalam perjalanan pulang dari lawatan, Mike mula tercekik di tengah-tengah malam,mereka tidak dapat menyelamatkan Mike. Sumber-sumber lain, termasuk Guinness Book of World Records, mengatakan bahawa trakea ayam itu terputus tidak dapat bernafas dengan baik dan oleh itu tercekik mati di motel.Kisah "Mike"tetap dalam kenangan petani Loyd Olsen Fruita sekeluarga.Mike si ayam tanpa kepala hidup selama 18 bulan bersama keluarga Olsen.