Filemnya belum pun lagi ditayangkan namun beberapa hari ini nama pelakon seksi Marsha Milan Londoh menjadi bualan hangat ramai ekoran lakonannya yang bergandingan bersama pelakon veteran handalan, Wan Hanafi Su dalam Laga sebagai
suami isteri. Apa yang diperkatakan ialah sedutan filem arahan Ismail
Yaacob itu yang memaparkan babak ranjang antara Wan Hanafi Su dan Marsha
mula tersebar di internet.
Memetik
kenyataan di Kosmo! hari ini, Marsha berkata sebagai pelakon dia
bersikap profesional. Bahkan dia sama sekali tidak terfikir orang akan
mempertikaikan aksinya itu kerana babak tersebut sebenarnya bukanlah
seperti yang disangka ramai.
Tidak
merasakan yang dirinya diekploitasi sebagai pelaris filem sebaliknya
Marsha berkata dia berasa selesa sepanjang penggambaran, termasuklah
melakonkan babak tersebut. Terpulang kepada penonton mahu menilainya
tetapi dia berharap peminat filem tanah air dapat menonton dahulu filem
tersebut sebelum menghentam dirinya hanya kerana satu babak panas itu
sahaja.
“Sebelum
penggambaran bermula, pengarah awal-awal sudah beritahu saya terdapat
babak atas katil bersama Wan Hanafi Su. Dia menerangkan kepada saya
tentang syot dan keperluan babak itu secara terperinci. Sebagai pelakon,
saya juga tidak mahu masalah timbul di kemudian hari hanya kerana satu
babak itu”, katanya.
Sementara
itu dalam laporan sama, pelakon Wan Hanafi Su berkata, babak itu
bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem porno.
“Dalam
skrip sebelum babak itu, bidan ada memberitahu, jika ingin dapat anak
harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak itu yang
dipaparkan. Tidak ada sebarang babak ghairah seperti yang difikirkan
orang ramai. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini, tidak akan ada
sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan babak rogol”,
bidasnya.