Benda yang paling menjengkelkan apabila
menggunakan sistem pencetak ialah apabila ianya kehabisan kertas. Hanya
jumlah kertas yang kecil boleh dietakkan pada tray pencetak pada
satu-satu masa. Kan bagus sekiranya ada mesin pencetak yang mempunyai
tray kertas yang besar bagi memudahkan proses mencetak dokumen yang
banyak? Stack
ialah konsep mesin pencetak yang diletakkan terus diatas timbunan
kertas A4. Kertas akan dimasukkan sendiri ke dalam pencetak apabila
ingin digunakan. Genius dan mudah! Stack direka oleh Mugi Yamamoto dan boleh diletakkan di atas timbunan kertas setinggi 200 keping kertas pada satu-satu masa.