Kejam!!Bunuh Kekasih Kerana Padamkan Nombor Dalam Telefon!!

Suspek. Foto: DetikNews
[HM] Jakarta: Seorang lelaki dilapor mencekik teman wanitanya hingga mati selepas mangsa memadamkan semua nombor dalam telefon bimbit lelaki berkenaan.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Ali, ditangkap Sabtu lalu selepas polis menemui mayat teman wanitanya, Siti Halimah Tusadiah, 22, di Sungai Cisadane di Bogor.
Anggota keluarga Siti melaporkan kehilangannya selepas dia tidak pulang setelah keluar bersama Ali, kata Pengarah Bahagian Jenayah Am Polis Jakarta, Slamet Riyanto.
Ali yang bekerja sebagai tukang kebun ditangkap di rumah sewanya di Kampung Bababan Nenggewer di Bogor. Dia mengaku mencekik dan melemaskan Siti kerana berang selepas teman wanitanya itu memadamkan semua nombor dalam telefon bimbitnya.
"Dia marah dengan tindakan mangsa. Kami yakin Siti bertindak demikian kerana cemburu," katanya.
Sementara itu Ketua Bahagian Jenayah Serius Polis Jakarta, Antonius Agus Rahmanto berkata, Ali membawa Siti pulang ke rumahnya selepas berhenti untuk mengadakan seks dalam semak. 
"Siti kemudian meminta telefon bimbit Ali dan memadamkan semua nombor telefon di dalamnya. Apabila Ali bertanya kenapa dia bertindak demikian, Siti menjawab, 'Saya boleh lakukan apa yang saya suka. Kamu marah?'" kata Antonius.
Pertengkaran antara mereka menjadi lebih sengit sehingga Ali membunuh Siti dan mencampakkan mayatnya ke dalam sungai.
Ali berdepan dengan tuduhan membunuh dan menghadapi hukuman penjara maksimum 15 tahun. - Agensi