GARIS SELUAR DALAM DAPAT DILIHAT AKIBAT PEMAKAIAN JUBAH SENDAT | Rata-rata jubah muslimah moden dibuat mengikut tubuh si pemakai dan rata-rata memperlihatkan bentuk tubuh.
Mungkin si pemakai tak menyedari mengenai hal ini dan mungkin juga dia menyedari tetapi tidak sengaja dan mungkin sengaja tak ambil peduli.
Yang paling penting bagi mereka adalah mengikuti trend fesyen semasa.
Jadi, menjadi tanggungjawab kita semua untuk memberi teguran kepada muslimah-muslimah yang memakai pakaian berupa jubah sendat yang memperagakan bentuk tubuh secara tidak langsung.
Sebagai islam, kita sendiri tahu yang pemakaian baju mengikut bentuk tubuh bagi wanita adalah haram dan tidak sesekali digalakkan.
Mutiara Kata Ustaz Tuan Asmawi bin Tuan Umar (Pengasas Program Imam Muda);
Terkadang anda perlu menutup mata,sekiranya anda tidak mampu menutup aurat orang lain.