Ungkapan
"Air mata darah" Sering di ucapkan dalam drama dan filem melayu, Tetapi
ungkapan itu telah menjadi kenyataan pada masa kini. Seorang gadis di
Chile mengejutkan doktor perubatan apabila dia dilaporkan menangis air
mata darah.
Yaritza
Oliva, 20, memberitahu, keadaan pelik tersebut mula berlaku pada awal
bulan ini dan sejak itu matanya boleh mengeluarkan darah beberapa kali
dalam tempoh sehari.
Jelasnya,
dia cuba mendapatkan rawatan daripada doktor, namun hanya dibekalkan
ubat titis mata selepas matanya didapati tidak menghadapi jangkitan.
"Doktor hanya memberi saya ubat mata untuk mengurangkan kesakitan," katanya.
Oliva berkata, setiap kali menangis air mata darah, dia akan merasa terlalu sakit.
Ibu
dan bapa gadis itu yang muncul dalam rancangan berita televisyen
tempatan, memohon jasa baik orang ramai untuk menderma kepada mereka
bagi menampung kos rawatan Oliva.
Berdasarkan
keadaannya, Oliva dikatakan mengidap penyakit yang jarang berlaku iaitu
haemolacria yang menyebabkan pesakit mengeluarkan air mata darah.
Buat
masa ini, hanya ada tiga kes sama dilaporkan, berpunca daripada paras
tinggi hormon kesuburan wanita atau mungkin merupakan tanda-tanda
penyakit serius dan barah. - AGENSI