Gempar!!Bapa Sembelih Dan Minum Darah Anak Sendiri!!
RUMAH berlakunya kejadian anak disembelih bapa kandung, semalam. Foto: HM. |
[Mstar] KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mengaku dimiliki semangat
roh-roh membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun dengan mengelar
bahagian tekak sebelum bertindak minum darah anaknya sambil adegan seram
itu dilihat ahli keluarga, di bahagian Pantai Timur, daerah Lahad Datu.
Ketua Polis Lahad Datu Supt Shamsuddin Mat berkata, kanak-kanak
tersebut, Haikal Salimar, sedang tidur di ruang tamu rumah keluarganya
di Kampung Epil kira-kira pukul 9.45 malam hari Khamis apabila bapanya
tiba-tiba meraih pisau dari dapur dan mengelar lehernya.
"Menurut ahli keluarga, kejadian itu berlaku dengan pantas dan budak itu
dibunuh sebelum mereka sempat untuk bertindak balas," katanya ketika
dihubungi, Sabtu.
Antara mereka yang berada di rumah pada masa kejadian ialah datuk dan nenek Haikal dan bapa saudaranya, Shamsuddin berkata.
Shamsuddin berkata, sebelum kejadian, bapa Haikal berusia 35 tahun
menjerit bahawa roh-roh telah mengganggunya dan mahu dia minum darah
manusia.
Lelaki itu kemudian berlari ke dapur dan mengambil pisau sebelum
menyembelih anaknya manakala datuk dan nenek hanya mampu melihatnya
tanpa berdaya melakukan apa-apa.
Ahli-ahli keluarga menjerit meminta pertolongan dan dengan bantuan
penduduk kampung pisau dirampas daripada lelaki itu dan kemudiannya dia
diikat.
Polis bergegas ke rumah yang terletak kira-kira 2 km dari kawasan bandar itu selepas dimaklumkan mengenai kejadian.
Shamsuddin berkata lelaki itu kini ditahan reman selama tujuh hari di
bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan yang
dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu telah ditemui di
tempat kejadian dan mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital
Lahad Datu untuk bedah siasat," katanya.
Shamsuddin berkata siasatan menunjukkan lelaki itu mungkin telah terlibat dalam ilmu hitam dan kepercayaan karut.
Beliau berkata apabila ditahan lelaki itu tidak kelihatan seperti berada
di bawah sebarang pengaruh, walaupun begitu dia telah dihantar untuk
pemeriksaan perubatan.